JellyPages.com

Monday 28 January 2013

GANGGUAN SYAITAN


   Gangguan syaitan mengajak manusia  melakukan maksiat sememangnya berterusan. Hanya doa kepada Allah yang mampu melindungi insan.Mari kita fahami apa yang dikatakan dalam kitab Fathu Al-Mannan Bi Ahkam al-Jan.. 
    “hati laksana benteng , benteng itu pagar, dan pagar mempunyai pintu. Penghuni dalamnya ialah akal.Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapidi situ trdapat tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.
     Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan besrta tenteranya iaitu nafsu .Syaitan tidak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang.  Maka penjaga perlu mengetahui berapa bilangan pintu kota dan bagaiman menangani kemaraan musuh.
     Kota ini perlu diterangi dengan zikir . Menjadikan padanya cermin yang akan menterbalikkan setiap yang melaluinya. Mka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mewujudkan kepulan asap.Asap yang akan mngkaburkan suasana sehingga pengawal tidak Nampak apa yang berlaku.
     Asap ini juga melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tidak Nampak imej yang sebenarnay. Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula. Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku dalam diri kita. Semakin kuat keimanan.. Semakin dahsyat cabaran cabaran yang harus kita tempuhi.
       Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga penjaga terlepas musuh masuk ke dalam .. Mempengaruhi penghuninya… iaitu akal” .. Bagi kita semua insane yang kerdil ini … marilah kita berdoa agar dilindungi drpd gangguan syaitan yang sentiasa mencampakkan ‘gadget’ maksiat.. Sesungguhnya doa adalah perisai Mukmin sejati….   (GEN Q)