JellyPages.com

Sunday 23 September 2012

TALAK MELALUI SMS



Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah membincangkan hukum perceraian melalui alat-alat media elektronik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan seperti berikut :

1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada  suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus melalui alat-alat media elektronik seperti SMS, Feksemili, E-MEL dan lain - lain adalah sah sekiranya disertai  dengan niat dan hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk mensabitkan talak tersebut.

2. Talak yang dilakukan melalui alat-alat media elektronik adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak.

RUJUK TANPA PERSETUJUAN SUAMI




Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"

Ketahuilah,
bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.

Bolehkah apabila seorang suami menjatuhkan talaq satu kepada isteri, maka si isteri berkata :

"abang, nanti saya fikir dulu sama ada nak terima atau tidak Talaq abang tu"

Tiada sebarang peruntukan oleh Allah swt dan RasulNya untuk wanita dalam hal tersebut. Samalah keadaannya dalam hal suami ingin ruju' kembali. Imam Ibn Qudamah berkata :

والمراجعة أن يقول لرجلين من المسلمين : اشهدا أني قد راجعت امرأتي . بلا ولي يحضره , ولا صداق يزيده . ..وجملته أن الرجعة لا تفتقر إلى ولي , ولا صداق , ولا رضى المرأة , ولا علمها . بإجماع أهل العلم ;


Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku"

Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti  pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)