JellyPages.com

Sunday 29 December 2013

MUHASABAH DIRI




















Hidup bukan sekadar kita bangun pada waktu pagi, solat, belajar, bekerja, makan, tidur, kemudian rutin itu berulang setiap hari. Persoalkan pada diri tentang 3 perkara;


 1) dari mana kita datang?
 2) untuk apa kita datang?
 3) ke mana kita selepas ini?

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah:156)


“Tidak Kami ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah (kepada Kami)”
(Adz-Dzariyat: 56)

“Apakah kamu menyangka Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun:115)

“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.” (An-Najm:42-44)

Soalan pertama jelas kita adalah kepunyaan Allah, kedua, kita dihidupkan dan didatangkan hanya semata2 untuk beribadah pada Allah dan ketiga, pasti hanya padaNya kita akan kembali. adakah kita sedar kita milik Allah? adakah segala amal perbuatan kita selari dengan tuntutan syara', tidak melanggar perintah dan laranganNya? adakah sekadar mengaku diri sebagai hamba tetapi tidak mengabdikan diri kepada Pencipta? adakah cukup persediaan untuk menghadapNya?

~muhasabah diri dalam pengislahan menuju redhaNya~


Monday 28 January 2013

GANGGUAN SYAITAN


   Gangguan syaitan mengajak manusia  melakukan maksiat sememangnya berterusan. Hanya doa kepada Allah yang mampu melindungi insan.Mari kita fahami apa yang dikatakan dalam kitab Fathu Al-Mannan Bi Ahkam al-Jan.. 
    “hati laksana benteng , benteng itu pagar, dan pagar mempunyai pintu. Penghuni dalamnya ialah akal.Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapidi situ trdapat tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.
     Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan besrta tenteranya iaitu nafsu .Syaitan tidak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang.  Maka penjaga perlu mengetahui berapa bilangan pintu kota dan bagaiman menangani kemaraan musuh.
     Kota ini perlu diterangi dengan zikir . Menjadikan padanya cermin yang akan menterbalikkan setiap yang melaluinya. Mka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mewujudkan kepulan asap.Asap yang akan mngkaburkan suasana sehingga pengawal tidak Nampak apa yang berlaku.
     Asap ini juga melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tidak Nampak imej yang sebenarnay. Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula. Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku dalam diri kita. Semakin kuat keimanan.. Semakin dahsyat cabaran cabaran yang harus kita tempuhi.
       Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga penjaga terlepas musuh masuk ke dalam .. Mempengaruhi penghuninya… iaitu akal” .. Bagi kita semua insane yang kerdil ini … marilah kita berdoa agar dilindungi drpd gangguan syaitan yang sentiasa mencampakkan ‘gadget’ maksiat.. Sesungguhnya doa adalah perisai Mukmin sejati….   (GEN Q)