JellyPages.com

Wednesday 31 October 2012

PERGAULAN SUAMI ISTERI SEWAKTU IDDAH


= talak bain hubungan suami isteri terputus dengan talak tersebut, maka mereka sudah menjadi orang asing, yang hukum pergaulannya sama seperti hukum perempuan ajnabi dalam semua hal, termasuklah suami itu tidak lagi menjadi kewajipan untuk dia menyediakan makan minum, kerana sudah menjadi bekas suaminya.

= talak rajie, isteri yang ditalakkan itu berada di tengah-tengah keadaannya. Menjadi isteri sebenar pun tidak, kerana telah diceraikan dan hanya menunggu tamat iddahnya, maka tamatlah perkahwinan mereka. Hendak dikatakan bukan isteri pun tidak, kerana hanya dengan menyebut “aku rujuk denganmu semula”, maka jadilah mereka suami isteri semula.

Namun begitu, hukum ke atas perempuan yang diceraikan suaminya, ada hak-hak tertentu dari segi syarak untuknya, khususnya hak nafkah dan tempat tinggal, sehingga tamat iddahnya.
Setelah bercerai, maka suami hendaklah memisahkan diri daripada isterinya dan tidak tinggal sebilik lagi. Semasa dalam iddah, boleh tinggal dalam sebuah rumah, tetapi diasingkan.

=(at-Talaq: 6)
Maksud ayat di atas, suami wajib menyediakan temps tinggasl untuk isteri yang ditinggalkannya, sekadar kemampuannya, seperti tempat kediaman yang mereka tinggal bersama sebelum mereka bercerai.Bukan isteri yang menyediakan tempat tinggal untuk suaminya. Jika suami menyediakn tempat tinggal yang baru, maka hendaklah kediaman itu sesuai dengan isteri tersebut.
Adapun batas aurat, mereka hendaklah bergaul seperti orang ajnabi. Iaitu si isteri hendaklah menutup auratnya.

Dalam perbahasan talak sindiran (kinayah), ulama fikah menerima perkataan suami terhadap isterinya, yang menggunakan bahasa talak sindiran, seperti katanya: “tutupilah diri kamu daripada pandangan aku, dengan menutup aurat sepenuhnya” atau seperti kata-kata: “berhijablah kamu daripada aku.”

Apakah itu talak kinayah atau tidak, ulama mengatakan itu adalah talak sindiran, jika dengan perkataan itu ada diniatkan bercerai, maka akan tercerailah isteri.Ertinya, isteri hendaklah menutup auratnya. Oleh kerana itu isteri yang diceraikan hendaklah menjaga auratnya daripada si suami yang menceraikannya.

Isteri tidak perlu menyediakan makan minum kepada suaminya, kerana mereka dari satu segi sudah menjadi orang asing dan tempat tinggal pun sudah terpisah, walaupun masih sebumbung.

Sekiranya rumah itu rumah isteri, maka suami boleh tinggal dalam rumah tersebut jika diizinkan isteri, dengan syarat dipisahkan bilik. Seelok-eloknya mereka berasingan..