JellyPages.com

Tuesday, 18 December 2012

MAWADDAH: KALAU TUHAN KITA KENALI




kalau Tuhan kita kenali

kasih sayang dan peranannya

kalau Tuhan kita fahami.
\
Keagunagan  dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan

Betapa dia sangaaat cintakan hambaaaNya

Kita akan sanggup berjuang ..\

 sangup mati keranaNya

Kita akan sanggup  berkorban apa saja keranaNya

KALAU TUHAN DIKENALI..

Cintailah Tuhan,, Dia adalah segalaanya

Korbankanlah apa saja kerananNya

Cintakan Tuhan cinta paling mahal

Cintakan selain Tuhan ,, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali

Dialah segalanya

Kalau Tuhan kita fahami

Dialah  pengurus seluruh keperluan kita

Kalau lah kita faham

Tuhan ini siapa sebenarnya..

 kita akan sanggup menerima ujian keranaNya

Kita sanggup buat apa saja demi cinta kepadaNya

kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

                                                                                    mengintai keampunanmu.. Tuhan (nur)

Kasih sayang nabi saw dan kemiskinannya..



Seorang hamba Allah telah datang berjumpa dengan rasulullah saw dan berkata : 

“Ya Rasulullah .. aku sangat mencintaimu..”

Nabi saw berkata kepadanya:

“Eloklah kamu berfikir dahulu dengan lebih teliti”

Orang itu berkata:

“ aku telahpun berfikir,, aku sangat-sangat cintakan mu ya rasulullah “

jawab nabi saw:

“berfikirlah dahulu sebelum membuat ikrar yang sedemikian”

hamba Allah itu menjawab:

ya aku masih mencintaimu ya rasulullah”

nabi saw bersabda kepadanya:

“kalau ikrar yang kamu lakukan tadi benar-benar ikhlas,bersedialah untuk menghadapi kesusahan yang akan menimpa kamu dari segenap penjuru kerana ORANG YANG MENCINTAIKU AKAN DIKEJAR OLEH KESUSAHAN (UJIAN) SECEPAT AIR YANG MENGALIR.”

*************************************************

 semakin jauh kita dgn Allah … Allah akan semakin dekat dengan kita .. tapi kalau kita semakin dekat dgn Allah .. kita akan terasa Allah akan semakin jauh dari kita..  bukan sebab Allah x sayangkan kita .. tapi Allah nak hapuskan dosa2 kita yang lampau ..Allah sangat2 sayangkan kita… tapi bila sebuah ujian datang kepada kita supaya kita bersabar ..  kita cepat melenting dan membenci Allah .. memangla.. kita x kata yang kita bencikan Allah tapi kadang2 .. pernah x kita terfikir dengan percakapan  dan perbuatan kita yang mengeluh or apapun tindakan kita itulah.. yang mempamerkan ketidakredhaan kita  or  keikhlasan kita…


kita.. adalah saudara .. apabila kita bersaudara.. akan wujud kasih sayang.. apabila wujud kasih sayang… haruslah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.. soooo mari kita sama2 cuba perlahan –perlahan memuhasabah diri kita dan perbaiki kelemahan diri .. supaya khidupan kita kelak disana (akhirat)  terjamin bahagia kan...


                                                                                    mengintai keampuanmu Tuhan (nur)

Wednesday, 12 December 2012

BAYARAN KAUM HAWA KE SYURGA


Kami RELA stokin kaki BASAH terkena air yang melimpah..
daripada TERKENA PERCIKKAN API NERAKA....

Kami RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yg DIJAGA..
daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA....

Kami RELA rambut disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambut kami sehingga MENDIDIH OTAK derita....

Wanita dicipta bukan utk dikagumi ramai lelaki,
 
Tapi utk seorang lelaki bernama Suami....

dan..

itu merupakan bayaran untuk kami..
 kaum hawa ke syurgaMu ... 

LINDUNGILAH KAMI YA.. TUHAN..
DARI GODAAN DUNIA YANG TEPU DENGAN HIASAN DAN TIPU DAYA..




Friday, 2 November 2012

BESEECHING GOD’S LOVE


I know You are my Lord.. My Supreme Love..
I too wanna love You..
I know I realy need to love You
It’s the crown of all happiness
I strive hard for it!!
But my love to You Lord always get disturbed
O.. my, so many hardles come perturbing
My lust and the cursed satan
This mesmerizing world is always fascinating
And that moment I forget about You
My Love is so far-off, it does come occasionally
Though for a while.., my heart blossom..
Then I forget back….
Sometimes I forget about You for so long
Then sometimes I come to realize
You are My Supreme Love!!
You are worth to be Loved but then I forget again..
that how it is, my Love to You Lord
with dereliction comes in between o Lord
with this weeping heart
please help me with Your Blessings
do help me to Love You
may all fake love perish on their own
that’s my hope on You… ALLAH.. grant my hope please…



Wednesday, 31 October 2012

PERGAULAN SUAMI ISTERI SEWAKTU IDDAH


= talak bain hubungan suami isteri terputus dengan talak tersebut, maka mereka sudah menjadi orang asing, yang hukum pergaulannya sama seperti hukum perempuan ajnabi dalam semua hal, termasuklah suami itu tidak lagi menjadi kewajipan untuk dia menyediakan makan minum, kerana sudah menjadi bekas suaminya.

= talak rajie, isteri yang ditalakkan itu berada di tengah-tengah keadaannya. Menjadi isteri sebenar pun tidak, kerana telah diceraikan dan hanya menunggu tamat iddahnya, maka tamatlah perkahwinan mereka. Hendak dikatakan bukan isteri pun tidak, kerana hanya dengan menyebut “aku rujuk denganmu semula”, maka jadilah mereka suami isteri semula.

Namun begitu, hukum ke atas perempuan yang diceraikan suaminya, ada hak-hak tertentu dari segi syarak untuknya, khususnya hak nafkah dan tempat tinggal, sehingga tamat iddahnya.
Setelah bercerai, maka suami hendaklah memisahkan diri daripada isterinya dan tidak tinggal sebilik lagi. Semasa dalam iddah, boleh tinggal dalam sebuah rumah, tetapi diasingkan.

=(at-Talaq: 6)
Maksud ayat di atas, suami wajib menyediakan temps tinggasl untuk isteri yang ditinggalkannya, sekadar kemampuannya, seperti tempat kediaman yang mereka tinggal bersama sebelum mereka bercerai.Bukan isteri yang menyediakan tempat tinggal untuk suaminya. Jika suami menyediakn tempat tinggal yang baru, maka hendaklah kediaman itu sesuai dengan isteri tersebut.
Adapun batas aurat, mereka hendaklah bergaul seperti orang ajnabi. Iaitu si isteri hendaklah menutup auratnya.

Dalam perbahasan talak sindiran (kinayah), ulama fikah menerima perkataan suami terhadap isterinya, yang menggunakan bahasa talak sindiran, seperti katanya: “tutupilah diri kamu daripada pandangan aku, dengan menutup aurat sepenuhnya” atau seperti kata-kata: “berhijablah kamu daripada aku.”

Apakah itu talak kinayah atau tidak, ulama mengatakan itu adalah talak sindiran, jika dengan perkataan itu ada diniatkan bercerai, maka akan tercerailah isteri.Ertinya, isteri hendaklah menutup auratnya. Oleh kerana itu isteri yang diceraikan hendaklah menjaga auratnya daripada si suami yang menceraikannya.

Isteri tidak perlu menyediakan makan minum kepada suaminya, kerana mereka dari satu segi sudah menjadi orang asing dan tempat tinggal pun sudah terpisah, walaupun masih sebumbung.

Sekiranya rumah itu rumah isteri, maka suami boleh tinggal dalam rumah tersebut jika diizinkan isteri, dengan syarat dipisahkan bilik. Seelok-eloknya mereka berasingan..

Sunday, 23 September 2012

TALAK MELALUI SMS



Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah membincangkan hukum perceraian melalui alat-alat media elektronik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan seperti berikut :

1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada  suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus melalui alat-alat media elektronik seperti SMS, Feksemili, E-MEL dan lain - lain adalah sah sekiranya disertai  dengan niat dan hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk mensabitkan talak tersebut.

2. Talak yang dilakukan melalui alat-alat media elektronik adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak.

RUJUK TANPA PERSETUJUAN SUAMI




Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"

Ketahuilah,
bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.

Bolehkah apabila seorang suami menjatuhkan talaq satu kepada isteri, maka si isteri berkata :

"abang, nanti saya fikir dulu sama ada nak terima atau tidak Talaq abang tu"

Tiada sebarang peruntukan oleh Allah swt dan RasulNya untuk wanita dalam hal tersebut. Samalah keadaannya dalam hal suami ingin ruju' kembali. Imam Ibn Qudamah berkata :

والمراجعة أن يقول لرجلين من المسلمين : اشهدا أني قد راجعت امرأتي . بلا ولي يحضره , ولا صداق يزيده . ..وجملته أن الرجعة لا تفتقر إلى ولي , ولا صداق , ولا رضى المرأة , ولا علمها . بإجماع أهل العلم ;


Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku"

Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti  pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)